Selasa, 15 Ogos 2017

Sarung teko kait

Asssalamualikum,
Waktu-waktu macam ni korang biasa buat apa ye??
Waktu macam ni biasa koranng mesti tengok berita kat tv3 tu kan.... baru saja berita siarkan sebahagian kawasan di malaysia mula banjir,kawasan sekolah pun air naik,kesian budak-budak sekolah terkandas di dalam sekolah tidak dapat pulang,Alhamdulilah ada makan untuk di makan,kalau tidak tentu kelaparan budak-budak tu😒

Cuaca sekarang ni tak menentukan,kejap panas,kejap hujan siap dengan guruh lagi.... tak sempat nak angkat jemuran..

Ni baru je hujan berhenti,tapi huuu sejuk, syok masuk dalam selimut tidur,tak pun perkena biskut cicah air kopi atau teh pun sedap juga πŸ˜‚πŸ˜‚

Dan saya harap yang mana rumah-rumah yang di masuk air bertabah la menghadapinya,kesian kat mereka banyak perabot yang rosak...apa-apa pun dokumen-dokumen penting kenalah masuk dalam satu fail,bila ada bencana senang nak selamatkan betul tak?

Malam ni seperi yang di janjikan saya mahu share tutorial sarung teko..
Lawakan..😍


Jom layan tutorialnya tak lama lagi nak raya haji,boleh la korang melaram dengan sarung teko ni... nak sarung tempat cuci tangan pon boleh.





Yang ni teko,korang deko dengan bunga-bunga yang warna-warni.

Yang ni bekas cuci basuh tangan


Comelkan kalau di gandingkan 
Lagi-lagi kalau hias masa hari raya @ raya hajiπŸ˜€


Sekian dari saya
Nurul zahidah shadan

dress saji berbunga Aden by Nurul Zahidah binti shadan

Assalamualikum hai saya nurul zahidah,ini pertamakali saya tulis dalam blog "handmade by binti shadan's crochets"

Hari ini saya nak kongsikan cara-cara membuat dress tudung saji... ada yang panggil sarung tudung sajiπŸ˜€



Oh ya mesti ada yang tertanya-tanya nurul zahidah ni anak no berapa dalam 'binti shadan' kan... betul tak betul tak? mesti nak taukan..... πŸ€”

Ok la saya cerita sikit tentang saya...
Saya dalam keluarga anak no 4 dan pangkat "kak tih" dan ibu kepada enam orang cahaya mata..

Ok berbalik dari dress tudung saji tu,
Saya ada share tutorial ni di facebook alhamdulilah dapat respond yang hangat dari pengait-pengait di malaysia ni, Alhamdulilah dah ramai yang berjaya buat.


dari tutorial ni ada kalangn mereka telah mendapat tempahan yang lumayan 😍


Wow masyukkan.....

Ok la,korang mesti tak sabar nak tengok tutorialnyakan..

Jom saksikan tutorialnya...








                   
                       masa ni korang deko la dress saji ni cantik-cantik😍

yang ni hasil kerja tangan adik saya nur zalilah shadan

Ha tengok mengamcam tak?? πŸ˜…



Cantik,meletup,kebabomkan,apa lagi buat la tutorial dah ada dah tu πŸ˜‚

Ha korang nampak kalau di padankan dengan sarung teko tu perhhhh lawa gilerkan.....

Tenang....tenang.... entri akan datang saya akan share cara-cara membuat sarung teko yang comel tu okπŸ˜‰


Sekian dari saya
Nurul zahidah binti shadan