Selasa, 7 November 2017

Amigurumi keychin love



Assalamualaikum
Salam sejahtera nampaknya kita dah nak sampai ke penghujung tahun 2017..sedar2 anak2 dah dapat keputusan peperiksaan akhir tahun..
TAHNIAH kepada anak No 2 Raihan ya itu TOHIRAH mendapat tempat pertama dalam kelas.... anak sulung Raihan sekolahnya tiada peperiksaan πŸ˜‚πŸ˜‚ cuma nanti ada saringan untuk di mmasukan ke dalam kelas2 tertentu untuk tahun hadapan..

Ok lah di sebabkan dah lama tidak share tutorial,dan di sebabkan hari ini dapat berita gembira,dan kebetulan ada yang dok bertanya macam mana nak buat keychin love,maka dengan ini raihan nak share satu tutorial yang di ajar oleh sifu raihan,Jom layannnnnπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ




Cute kan love ni😍



Keychin love
Buat 2 pcs

1- 6sc MR
2- V 6× (12)
3- Isc V 6× (18)
4-5- 18sc (2row)

Sambungkan kedua2 tadi dengan 3sc (raihan biasa buat Slip stitch macam di video)

6-7-kait keliling dan dapat 30sc (2row)
8-4sc /\  (25sc)
9-3sc /\  (20sc)
10-2sc /\  (15sc)

Masukan fiber

11-1sc /\  (10sc)
12-10sc (1row)
13- /\
Putuskan benang siap!




Video cara cantum love







Dan Raihan ucapkan terima kasih sebab korang share tutorial ni hampir 200 lebih yang share di Facebook  πŸ˜





Salam sayang dari Raihan

#Nak oder boleh WHATSPP No di dalam gambar tu Ye 😘


Selasa, 15 Ogos 2017

Sarung teko kait

Asssalamualikum,
Waktu-waktu macam ni korang biasa buat apa ye??
Waktu macam ni biasa koranng mesti tengok berita kat tv3 tu kan.... baru saja berita siarkan sebahagian kawasan di malaysia mula banjir,kawasan sekolah pun air naik,kesian budak-budak sekolah terkandas di dalam sekolah tidak dapat pulang,Alhamdulilah ada makan untuk di makan,kalau tidak tentu kelaparan budak-budak tu😒

Cuaca sekarang ni tak menentukan,kejap panas,kejap hujan siap dengan guruh lagi.... tak sempat nak angkat jemuran..

Ni baru je hujan berhenti,tapi huuu sejuk, syok masuk dalam selimut tidur,tak pun perkena biskut cicah air kopi atau teh pun sedap juga πŸ˜‚πŸ˜‚

Dan saya harap yang mana rumah-rumah yang di masuk air bertabah la menghadapinya,kesian kat mereka banyak perabot yang rosak...apa-apa pun dokumen-dokumen penting kenalah masuk dalam satu fail,bila ada bencana senang nak selamatkan betul tak?

Malam ni seperi yang di janjikan saya mahu share tutorial sarung teko..
Lawakan..😍


Jom layan tutorialnya tak lama lagi nak raya haji,boleh la korang melaram dengan sarung teko ni... nak sarung tempat cuci tangan pon boleh.





Yang ni teko,korang deko dengan bunga-bunga yang warna-warni.

Yang ni bekas cuci basuh tangan


Comelkan kalau di gandingkan 
Lagi-lagi kalau hias masa hari raya @ raya hajiπŸ˜€


Sekian dari saya
Nurul zahidah shadan

dress saji berbunga Aden by Nurul Zahidah binti shadan

Assalamualikum hai saya nurul zahidah,ini pertamakali saya tulis dalam blog "handmade by binti shadan's crochets"

Hari ini saya nak kongsikan cara-cara membuat dress tudung saji... ada yang panggil sarung tudung sajiπŸ˜€



Oh ya mesti ada yang tertanya-tanya nurul zahidah ni anak no berapa dalam 'binti shadan' kan... betul tak betul tak? mesti nak taukan..... πŸ€”

Ok la saya cerita sikit tentang saya...
Saya dalam keluarga anak no 4 dan pangkat "kak tih" dan ibu kepada enam orang cahaya mata..

Ok berbalik dari dress tudung saji tu,
Saya ada share tutorial ni di facebook alhamdulilah dapat respond yang hangat dari pengait-pengait di malaysia ni, Alhamdulilah dah ramai yang berjaya buat.


dari tutorial ni ada kalangn mereka telah mendapat tempahan yang lumayan 😍


Wow masyukkan.....

Ok la,korang mesti tak sabar nak tengok tutorialnyakan..

Jom saksikan tutorialnya...








                   
                       masa ni korang deko la dress saji ni cantik-cantik😍

yang ni hasil kerja tangan adik saya nur zalilah shadan

Ha tengok mengamcam tak?? πŸ˜…



Cantik,meletup,kebabomkan,apa lagi buat la tutorial dah ada dah tu πŸ˜‚

Ha korang nampak kalau di padankan dengan sarung teko tu perhhhh lawa gilerkan.....

Tenang....tenang.... entri akan datang saya akan share cara-cara membuat sarung teko yang comel tu okπŸ˜‰


Sekian dari saya
Nurul zahidah binti shadan

Khamis, 27 April 2017

SARUNG TELUR BONDA

Assalamualikum sahabat....
Kali ini kami mahu kongsikan tutorial sarung telur yang tersangat gelemor masa zaman2 mak2 kita....


Semasa membuat sarung telur ni,sambil emak kami bercerita...

"Sarung telur ni mak pernah buat masa zaman mak muda2 dulu"

Tangan emak ligat mengait,sambil otak fikir macam mana cara membuat sarung telur dengan betul,

Ye la zaman dulu,mana nak ada catit,dalam buku,nak google bagai....
Zaman dulu set kat otak je.....

Akhir.......
Menjadi juga la sarung telurnya.....

"Masa mak kahwin ngan ayah,mak kait sarung telur....beberapa bulan nak majils mak dah kait awal.....malam2 pasang pelita kait sarung telur...tak macam sekarang ada lampu,jelas terang nak tengok lobang"

"Sebelum atok ayah ko pergi kerja,mak mintak atok ayah belikan benang dekat pekan,dulu benang bape puluh sen je sebijik....sekarang mahal!"

"Masa mak kawin,bukan sarung sarung telur je tau,alas tilam satu set sarung bantal,sarung bantal peluk.... dan macam2 lagi semua mak kait sorang..maklum la mak sorang ank perempuan,cik ton dengan puk su ko masih keci lagi,belum boleh tolong2,tak macam korang  7beradik boleh pas2 je"

Kami adik beadik dengar dengan seronok sambil melopong...
Nak kata mcm x percaya je mak boleh buat sorang2...malah mak siap tunjuk lagi hasil2 kait yang emak telah buat masa zaman muda2 dulu... HEBAT!





Jom layan tutorial sarung telur bonda ini πŸ˜‰













  Selamat mencuba!! 😍😍

SARUNG BALANG KUIH RAYA

Assalamualikum...
Tengah buat apa tu sahabat?.tengah tengok cerita mok cun ke?ke tengah berjoget dengar lagu mok cun...πŸ˜‚πŸ˜‚

Hermm hermm nak cerita semakin terasa debaran nak masuk bulan puasa ni....
Biasa kalau nak raya,sahabat biasa menerima tempahan apa ye??
Beg
Kopiah
Alas meja
Langsir
Dan....balang kuih raya


Kali ni kami nak kongsikan tutorial membuat SARUNG BALANG KUIH RAYA
Tutorial ni dah lama buat,tak silap tahun lepas semasa CAL dalam grup whatspp CROCHET JOHOR dulu

Sekarang baru kesempatan nak uplod (sebenarnya dah ilang gambar2 ni tetapi zila shadan jumpa dalam memori cad dia)πŸ˜‚πŸ˜‚

Sahabat2 jom buat sarung balang ni,boleh ,melaram masa raya nanti....
Yang paling PENTING boleh buat duit masa bulan
Puasa nanti jual banyak2 balang kuih raya masyukkkkkk tau πŸ˜‰πŸ˜‰

- untung buat sendiri sebab kos tak banyak

-save tak payah beli balang2 yang mahal tapi tak kedap udara..kalau balang ni insyaAllah kedap udara 😁

-yang penting HANDMADE kaw....

-yang ni bila dah buat mesti pening2 nak pikir nak taruk berapa rm sebalangkan... RM10 sebalang



Dah2 tungu apa lagi??? Jom la buat....😁


Benang nona
Jarum tulip 1 1.6mm


SARUNG BAWAH BALANG














SARUNG ATAS BALANG











Ok dah siap,jangan lupa gam mengunakan gam tembak ye..
 jom  tengok gambar2 set yang telah siap....















Sebenarnya banyak lagi gambar2 balang yang telah terjual untuk tahun lepas,
TETAPI kena selongkar album fb anak2 shadan dulu hihi πŸ˜‚

Nanti kami share balang2 yang telah di hasilkan oleh ahli2 grup CROCHET JOHOR ye,ahli2 yang membuat sarung balang kuih raya ni memang hebat2...karetif pulak tu... 😍😍 jadi sahabat2 semua boleh la cuci2 mata untuk mencari ilham untuk membuat balang sendiri ye πŸ˜€












Ok sampai di sini sahaja,jumpa di entri yang akan datang, bye Assalamualikum 😘